Mengenai kami

SMART AGRO TECH SDN. BHD.

Sebuah syarikat pengedar dan perkhidmatan pertanian berdaftar di Seri Iskandar, Perak, Malaysia.

Sejak tahun 2015, SMART AGRO TECH telah berdedikasi dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan pertanian berkualiti tinggi kepada sektor pertanian di Malaysia. Kami sangat selektif dalam memilih produk yang kami percaya dapat membantu petani meningkatkan produktiviti dan keuntungan dalam perniagaan mereka.

Kami memahami bahawa amalan pertanian yang mampan dan produktif memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembangunan sektor pertanian Malaysia. Oleh itu, kami komited dalam menyediakan penyelesaian inovatif dan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan yang sentiasa berkembang di dalam negara.

Komitmen kami adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang dapat memberikan sokongan kepada ndustri pertanian. Kami berusaha untuk memenuhi keperluan dengan menyediakan solusi yang inovatif, berkesan, dan bermutu..

Dalam usaha ini, kami mengutamakan customer satisfaction dan product quality. Kami mengedepankan profesionalisme dalam pengurusan syarikat kami untuk memastikan kelancaran proses operasi. Kami bekerja keras untuk menjaga hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan kongsi kami, serta berusaha untuk terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami.

Bervisi untuk menjadi rakan yang boleh dipercayai dan dipilih oleh para petani dan industri pertanian. Dengan kepakaran dan pengalaman, kami berharap dapat terus memberikan sokongan yang berterusan dan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang pertanian.

Baja yang mengandungi lebih dari satu unsur nutrien disebati secara kimia dan dilepaskan secara perlahan dengan bantuan kelembapan dan suhu. Pelepasan nutrien dikawal oleh selaput/lapisan sulfur ataupolimer.

BAJA LEPAS PERLAHAN/BERANSUR

• Pelepasan nutrien dikawal oleh selaput/lapisan sulfur atau polimer
• Berkeupayaan untuk mengurangkan kehilangan nutrien oleh proses larut resap dan pengwapan
• Menjimatkan kekerapan pembajaan
• Penggunaan secara sub-soil application