Peranan Syarikat dalam Industri Pertanian
SMART AGRO TECH SDN. BHD.
1154000W / 201501028679
Rakan Strategik Ladang dalam Pengurusan Nutrien
Smart Agro Tech ialah pengedar sah Greenfeed® di Malaysia dan rakan strategik ladang kelapa sawit. Kami menyediakan program pembajaan tersusun lengkap dengan sokongan teknikal, termasuk koordinasi agronomist, pemantauan kualiti produk, ujian makmal, dan perkhidmatan selepas jualan.
Program ini dibangunkan berdasarkan pengamatan lapangan, analisis tanah, dan pemantauan prestasi tanaman, memastikan setiap keputusan pembajaan memberikan hasil konsisten dan tepat. Dengan integrasi produk Greenfeed®, servis pembajaan berstruktur, dan konsultansi teknikal, kami menyediakan sistem sokongan ladang lengkap yang menekankan hasil konsisten, pengurangan kehilangan nutrien, pengoptimuman kos input, dan produktiviti ladang yang mampan serta efisien.
Keputusan Berdasarkan Data Lapangan
Program pembajaan disusun berdasarkan pengamatan dan pemantauan prestasi tanaman, memastikan setiap langkah memberi hasil optimum.
Sistem Sokongan Pembajaan Lengkap
Integrasi produk Greenfeed®, servis pembajaan berstruktur, dan konsultansi teknikal memberikan sokongan menyeluruh dari perancangan hingga selepas aplikasi.
Produktiviti Mampan & Kecekapan Kos
Fokus pada hasil konsisten, pengurangan kehilangan nutrien, dan pengoptimuman kos input, memastikan ladang mencapai produktivi tinggi dan berterusan.
Visi
Sebagai rakan strategik ladang dalam pengurusan nutrien yang menyokong pertanian produktif & lestari.—
Misi
Membekalkan produk nutrien berkualiti tinggi melalui pengedaran rasmi Greenfeed® dan kerjasama strategik dengan pengeluar bereputasi.
Merangka dan melaksanakan program pembajaan tersusun mengikut keadaan ladang, peringkat tanaman, dan objektif pengeluaran.
Memberi panduan teknikal dan sokongan berterusan bagi memastikan setiap keputusan pembajaan mudah diurus, dipantau, dan dioptimumkan.
Membantu ladang meningkatkan kecekapan input, hasil konsisten, dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Nilai Teras
Integriti
Keputusan pembajaan jelas, telus, dan boleh dipertanggungjawabkan.
Ketepatan
Program pembajaan disusun mengikut keadaan sebenar ladang untuk hasil konsisten.
Sokongan Menyeluruh
Menyokong ladang dari perancangan hingga selepas aplikasi.
Kecekapan
Penggunaan input bijak untuk prestasi optimum dan kos efisien.
Kerjasama Jangka Panjang
Membina hubungan berterusan dengan ladang dan pihak berkepentingan.
